Sekali ini yang dijelaskan oleh Syamsul yusuf mengenai isu yang terjadi dengan Aaron Aziz

Saya tak mahu gdh,” tegas pengarah The Original Gangster, Syamsul Yusof berhubung pengguguran nama pelakon Datuk Aaron Aziz daripada terbabit dalam filem itu. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, dia enggan memperbesarkan isu dalaman yang berlaku walaupun boleh berkongsi punca sebenar. Macam-macam saya boleh cakap fasal perkara itu. Saya pun pernah melalui fasa yang lantang bercakap di media sosial. Boleh sahaja saya nak jawab tapi nanti berbalik kepada saya semula. Jadi saya malas nak bergdh dan saya tak nak bergdh. Ditanya adakah dia bersedia bertentang empat mata dengan Aaron untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, Syamsul bagaimanapun memilih untuk tidak bercakap mengenai perkara itu.

Saya ini boleh dikata antara individu yang sedang melalui fasa ujian. Bila diuji baru kita nampak siapa orang yang sebenarnya dengki serta bukan sahabat sebenar. Begitu juga dengan individu yang benar-benar sahabat sejati. Jadi berkenaan Aaron saya malaslah. Pihak saya tahu hal sebenar. Tiba-tiba sahaja dia keluarkan kenyataan begitu. Apa sebenarnya yang dia mahukan?. Apa yang boleh saya kata kita cuba dapatkan tawaran daripada hasil kerja kita. Buktikan hasil kerja dengan kudrat yang Allah beri ini. Jangan cari benda-benda ini sebab nama dah jatuh dan apa perlu dibuat. Jangan buat begitu,” katanya.

Terdahulu Aaron dalam temu bual bersama media memberitahu namanya dibuang dari senarai pelakon The Original Gangster meskipun sudah menerima skrip dan menjalani sesi latihan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.