Tular di negara seberang Ular sawa 23 kg terperangkap dalam mangkuk tandas

Seekor ular sawa gergasi seberat 23 kilogram (kg) ditemui terperangkap di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Thailand baru-baru ini, lapor portal berita Thaiger semalam. Kisah itu mula dikongsi di kumpulan perbincangan Facebook yang dikenali sebagai ‘All About Thailand Snakes’ pada 17 Mac lalu. Seorang pengguna bernama Chang Lantanoy berkata, pemilik rumah tersebut pada awalnya tidak dapat mengepam tandas sebelum kemudian menyedari terdapat sesuatu di dalam mangkuk tandas tersebut. Namun, ketika cuba menangkap ular itu, reptilia tersebut didapati terlalu besar dan tersepit kuat di dalam paip.

Pasukan penyelamat kemudian terpaksa memutuskan sambungan paip dan memotong separuh bahagian paip itu untuk mendapatkan ruang yang mencukupi bagi mengeluarkan reptilia besar itu. Ular sawa itu akhirnya dapat dikeluarkan tanpa melibatkan sebarang kecederaan. -Agensi. Kredit Kosmo Online . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.