Nak berdamai dengan Syamsul Yusof, ini pula syarat dari Aaron Aziz

Saya sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku,” kata pelakon popular, Datuk Aaron Aziz, 47. Aaron berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ada konflik dan perselisihan faham membabitkan dirinya dan pengarah Syamsul Yusof sehingga namanya disingkirkan dari filem Original Gangster. Menurut Aaron atau  nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, sebaik saja namanya disingkirkan dari filem Original Gangster, Syamsul tidak ada berhubung dengannya sampai sekarang. Saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib.

Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak,” katanya kepada Harian Metro. Mengulas mengenai filem Original Gangster, kata Aaron, dia mengakui berasa kecewa bila disingkirkan dari berlakon dalam filem itu. Saya sudah bekerjasama dengan Syamsul dalam projek filemnya selama 12 tahun iaitu sejak 2010 lagi. Saya juga terbabit dalam empat projek filem besarnya termasuk  KL Gangster dan KL Gangster  2 sebelum ini,” katanya. Terdahulu, Aaron mendedahkan namanya digugurkan dari berlakon dalam filem Original Gangster arahan Syamsul.

Namun, Aaron tidak mahu mengulas terperinci mengenai isu terbabit kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.