Tak nak kecewakan permintaan keluarga pengantin, Nora Ariffin tetap menyanyi walaupun duduk atas kerusi roda

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tetap membuat persembahan nyanyian meskipun terpaksa duduk di atas kerusi roda. Kata Nora ia bagi memenuhi permintaan keluarga pengantin yang dikunjungi.”Kenangan menyanyi atas wheelchair. Tak mahu hampakan permintaan keluarga pengantin ku teruskan jua. “Nasib baik tak ke laut sangat. Terima kasih encik abang (suaminya) tolong tolakkan. Ada barakah,” katanya. Nora berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Komen Warganet:

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto ketika sedang bernyanyi di atas kerusi roda sambil disorong suaminya. Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tertanya-tanya dengan kondisinya. “Kenapa Nora atas kerusi roda? Semoga cepat sembuh,” kata salah seorang pengikut laman sosial. “Masih tak sihat ke Nora?” tanya salah seorang warganet. Terdahulu, pada Disember lalu Nora dikatakan terpaksa berkerusi roda selepas kaki kirinya terseliuh selepas bermain badminton.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.