Muzik video Aliff Syukri jadi perhatian ramai, sekali ini pula pesanan dari Wak Doyok

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya tidak pernah serik mengundang kritikan warganet saban tahun apabila memuat naik cuplikan muzik video lagu raya terbarunya di media sosial. Kali ini, dia dan penari latar telah memakai baju Melayu jenis melekat di badan sehingga mendapat kritikan ramai. Aliff Syukri yang tidak henti-henti mengatakan yang dirinya merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia telah mengeluarkan lagu raya bertajuk Cak Cun Cak Raya dan terus mengekalkan rutinnya saban tahun dengan mengundang kontroversi melalui muzik video lagu raya.

Susulan daripada itu, ramai yang tinggalkan komen mengingatkan Aliff Syukri berkaitan isu-isu yang pernah dilakukan sebelum ini termasuklah ikon fesyen, Wak Doyok. Menerusi komen, Wak Doyok meminta agar usahawan tersebut mengenangkan semula apa yang dilakukan tahun lalu sehingga dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selebriti itu juga berharap agar Aliff Syukri tidak mengulangi kesilapan lama sehingga perlu berhadapan dengan pihak berkuasa kerana mengeluarkan muzik video yang ‘bukan-bukan’.

Terdahulu, usahawan kontroversi ini pernah dipanggil pihak SKMM selepas menerima banyak aduan berhubung klip muzik video lagu raya pada tahun lepas apabila menampilkan penari-penari lelaki yang beperwatakan lembut. Muzik video lagu Kelepok Raya itu tular dan menerima kritikan ramai sehingga mendapat kritikan hebat ibu serta isterinya sendiri berhubung tindakannya membariskan penari yang disifatkan keterlaluan untuk tontonan semua. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.