PELAKON cilik Puteri Rafasya ketika ini terpaksa menggunakan lampin pakai buang selepas mengalami kecdraan apabila bahagian tulang pinggulnya retak dalam kejadian tak diingini ketika penggambaran drama. Ibunya Fatin Aliza Salmi, 33, berkata, dalam kejadian 22 Februari lalu itu, anaknya sedang berlatih salah satu adegan dalam drama Jaga Aku Selamanya sebelum kerusinya ditarik seorang kanak-kanak tidak dikenali. “Puteri dan beberapa pelakon kanak-kanak lain serta pengarah sedang membuat latihan sambil duduk atas kerusi. Masa dia berdiri dan hendak duduk semula, tiba-tiba ada seorang budak tidak sepatutnya berada di lokasi penggambaran menarik kerusinya.
“Anak saya jatuh terduduk sampai tidak boleh bergerak selain kakinya tidak boleh diluruskan,” katanya. Dalam pada itu, Fatin berkata, pihak produksi ada membawa anaknya ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan namun selepas beberapa hari Puteri tidak mampu bergerak sehingga perlu dibawa ke hospital. Cerita Fatin lagi, keadaan Puteri bertambah teruh sehingga terpaksa memakai lampin pakai buang disebabkan sukar bergerak untuk ke tandas. “Selepas membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dia memberitahu tidak boleh buang air kecil sehingga terpaksa memakai tiub tetapi sekarang Alhamdulillah dia sudah pulang ke rumah.
“Bagaimanapun doktor berpesan sekiranya dia mengalami kebas kaki kena datang semula ke hospital,” jelasnya. Sementara itu, Fatin berkata, dia kecewa apabila ibu bapa kanak-kanak tersebut bersikap lepas tangan malah mengugut dirinya meskipun kejadian itu bukan berpunca daripada anaknya. “Kanak-kanak itu tidak sepatutnya berada di set dan ibu bapanya bersikap lepas tangan selepas kejadian malah ingin menyaman saya pula! “Pihak produksi pula ada bertanya khabar tapi sekadar itu sahaja. Saya ada bertanya fasal insurans di lokasi tetapi tiada sebarang maklumat mengenainya.
“Pun begitu mereka ada memohon maaf atas kecuaian yang berlaku malah ada datang menziarahi Puteri di rumah,” katanya. Puteri sebelum ini pernah membintangi beberapa buah drama seperti Rindu Awak Separuh Nyawa, Derita Untuk Bahagia, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Vila Ghazara. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.