Adzrin Adzhar, 38, dikenali peminat industri seni tanah air sebagai penyanyi, guru vokal dan TikToker yang mendapat tumpuan ramai. Ia kerana segala-galanya merangkumi sisi hitam dan putih yang terdapat pada artis bernama sebenar Noradzrin Adzhar yang dikongsi di TikTok dianggap menarik. Sinonim dengan lagu berentak rancak dan ceria, Adzrin kini tampil berbeza menerusi lagu balada berjudul Setia Menanti ciptaan Fazo dan lirik oleh Sulu Sarawak. Dihasilkan pada 2011 lagu ini tetap kekal relevan memandangkan genre balada diminati sebahagian besar peminat di negara kita. Fazo berkata, lagu ini ada sejarah tersendiri kerana pernah dirakamkan oleh seorang penyanyi wanita tempatan sebagai demo bersama satu syarikat rakaman.
Namun, proses rakaman tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu. Bagi saya, tajuk lagu ‘Setia Menanti’ ini memang bawa ‘badi’ yang berat sehingga menanti selama 12 tahun untuk berjumpa dengan penyanyi sebenar lagu ini. Selepas 12 tahun, saya bercadang nak buat demo baharu daripada melodi dan lirik lagu Setia Menanti. Pada Oktober tahun lalu, saya minta khidmat Adzrin untuk merakamkan lagu ini. proses rakaman demo, saya dah terdetik dan berasakan bahawa Adzrin adalah penyanyi yang tepat kerana ‘tone’ suara dan lenggok balada Adzrin amat bersesuaian,” katanya.
Penyanyi lagu Pujaan Malaya yang juga ciptaan Fazo ini mampu mengawal vokal pada ‘note’ rendah dan juga tinggi dengan bagus. Walaupun yakin dengan kemampuan Adzrin untuk menyanyikan lagu ini, namun saya teragak-agak untuk ‘offer’ kerana tidak pasti hala tuju genre muziknya. Sebenarnya sebelum ini saya pernah cuba ‘approach’ beberapa penyanyi terkenal tanah air untuk menyanyikan lagu ini tapi tak dapat respons daripada pihak pengurusan artis terbabit.
Akhirnya saya buat keputusan untuk ambil Adzrin sebagai penyanyi lagu ‘Setia Menanti’ ini. Saya yakin dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai penyanyi lagu ini,” katanya. Menurut Adzrin pula, dia tidak menganggap dirinya adalah pilihan kedua atau pertama dalam perkara ini. Tidak wujud istilah itu semua kerana dalam konteks ini saya pegang pada konsep rezeki tak pernah salah alamat dan akan jatuh pada orang dan waktu yang tepat pada masanya.
Saya sahut cabaran dan percaya peminat dapat terima saya dengan lagu ini,” katanya yang pernah berduet dengan Datuk Fazley Yaakob menerusi lagu berjudul Tapi Dia terbitan MIG Music pada 2002. Selain bertindak sebagai komposer, Fazo juga menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk video muzik lagu terbabit yang menampilkan Adzrin dan pelakon lelaki yang sedang meningkat naik, Ariel Izz. Video muzik ini bagaikan berkonsepkan filem seram popular Thailand iaitu Nang Nak yang mampu menjentik perasaan penonton. Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.