Muat naik video sekali warganet syak isteri Remy Ishak hamil anak pertama

Isteri kepada pelakon popular Remy Ishak, Ezza Yusof, 39,  didakwa kini hamil apabila segelintir warganet mendakwa melihat dengan jelas baby bumpnya menerusi salah sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Ezza dilihat sedang memakai baju berwarna kelabu sambil memperagakan kasut jenama miliknya, namun perubahan pada bahagian perutnya itu jelas kelihatan. Malah, dakwaan kononnya Ezza kini sedang berbadan dua dikuatkan lagi apabila ramai pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, Remy tampil menafikan dakwaan yang menyatakan isterinya itu kini sedang hamil. Meskipun begitu, dia tetap positif dan berharap orang ramai dapat mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki untuk memiliki cahaya mata dengan segera. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Namun begitu, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Remy atau isterinya berhubung dakwaan mereka bakal menimang zuriat atau sebaliknya. Untuk rekod, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan berkenaan putus pada 2019.Tapi, jodoh mereka masih kuat apabila selamat bernikah pada 21 Ogos tahun lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).