Dikatakan jadi punca rumah tangga Farid Kamilretak, tak boleh berdiam sekali Ahirine Ahirudin tampil bongkarkan hubungan sebenar dia

Pendatang baharu dunia lakonan, Ahirine Ahirudin menafikan dirinya sebagai punca keberantakan rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle sehingga menuju perpisahan. Kata Ahirine, 27, hubungannya dengan Farid tidak lebih daripada rakan pelakon dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai penyondol adalah sangat tidak berasas. Tegasnya, dia juga sedang dilamun cinta namun enggan memperincikan perihal terbabit.

“Penyondol? Buat apa saya nak sondol kalau saya sedang bahagia dengan orang lain? “Saya dah berapa bulan tak sembang dengan Farid. Senang-senang nak petik nama saya hanya kerana saya pernah berlakon dengannya. “Saya dan Farid tidak pernah ada apa-apa hubungan istimewa langsung. Orang pandai cakap di akhirat nanti, mereka sendiri menjawab fitnh dilemparkan,” katanya kepada Kosmo! Online. Ahirine yang beraksi di samping Farid menerusi Remp-It 2 diterbitkan tahun lalu berkata, mereka sama gemarkan sukan permotoran namun tidak sampai tahap bercinta atau menjalin hubungan lebih daripada kawan.

“Saya dengan Farid dah macam ‘member’. Kami pun dalam kelompok sama (sukakan sukan permotoran). Dia pun ceburi sukan muay Thai macam saya. “Kalau pergi training (latihan) motor atau Muay Thai pun, DD (Diana Danielle) dan anak-anak ada sekali. Saya faham jadi figura dikenali memang ada kesan tersendiri. Orang senang-senang buat spekulasi tanpa memikirkan kesan terhadap emosi kita.

“Macam saya cakap, lama tak borak dengan Farid sebab saya pun baru balik ‘shooting’ di Sarawak sebulan lebih filem Tebus bersama Aedy Ashraf. Kalau tak, memang akan pergi ‘training’ motor atau muay Thai sama-sama,” ujarnya lagi. Terdahulu, sebuah portal hiburan tanah air melaporkan, gara-gara sering mempamerkan keakraban dalam media sosial, nama Ahirine dipetik sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid dan isteri. Nama anak kepada figura industri media tersohor negara, Ahirudin Attan itu didakwa sebagai penyebab mendorong Diana bertindak nekad memfailkan untuk berpisah terhadap suaminya.

“Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perpisahan. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan,” demikian antara komen yang dicoret warganet dalam media sosial. Lebih menguatkan spekulasi, tahun lalu pernah tular video kemesraan Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari memakaikan topi keledar ke kepala Ahirine. Dalam ruangan komen video tersebut dilihat dibanjiri dengan komen warganet yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan mesra itu akan menimbulkan perasaan cemburu terhadap isteri aktor itu, Diana Danielle.

Ahirine yang juga anak kepada pengamal media berpengaruh, Datuk Ahirudin Attan atau Rocky Bru berkata, bapanya sentiasa menyokong apa saja minatnya sama ada dalam dunia seni, bidang penyiaran mahupun kewartawanan. “Sebelum mengintai peluang dalam dunia lakonan saya pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pengacara program tv. “Selepas menceburi bidang lakonan, saya masih menulis secara sambilan tetapi dalam portal automotif,” katanya. Pelakon Ahirine Ahirudin, 26, berharap tidak timbul salah faham terhadapnya berikutan video dengan hero filem Remp-It 2 iaitu Farid Kamil yang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

Menurut Ahirine, tindakannya tampil menjelaskan suasana yang berlaku memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan. “Saya dan Farid seperti abang dan adik, tidak sangka pula video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan wargamaya. Bukan dengan dia saja, malah saya juga akrab dengan produksi untuk filem terbabit.

‘Filem Remp-It 2 adalah percubaan sulung saya dalam bidang seni tempatan. Malah, saya masih baharu dan banyak tunjuk ajar diberikan oleh barisan pelakon filem berkenaan. “Jadi, bagi saya tidak timbul istilah sekadar ingin bermesra dan sebagainya. Apatah lagi, saya menghormati status Farid sebagai suami orang dan bapa kepada dua cahaya mata. “Malah, saya turut bersyukur kerana isterinya, Diana Danielle begitu memahami situasi itu, malah menggalakkan orang ramai untuk ke pawagam bagi memberikan sokongan terhadap filem arahan Farid,” katanya.

Ahirine yang juga pemegang Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), turut berterima kasih kepada Farid dan FKX Film kerana melamarnya membintangi Remp-It 2 sekali gus membawanya masuk dalam bidang lakonan. Dalam filem ini, saya terbabit dengan motosikal lasak. Sedikit sebanyak memang karakter saya, sebab saya pun bekerja di bengkel juga selain berlatih di situ. Pada saya, impian akhirnya jadi kenyataan kerana saya memang minat sangat nak berlakon. Saya seronok dan bangga berganding dengan Farid yang dianggap ‘legenda’ dalam industri filem. Memang tak duga dan seperkara lagi tak sangka juga dia sangat ramah dan baik. Dia banyak memberi tunjuk ajar dari segi lakonan,” katanya.

Ahirine juga tidak kekok bekerja dengan barisan pelakon lain seperti Cat Farish (Macha), Niezam Zaidi (Spark), Izzue Islam (Deqwan) dan Farez Ridzwan (Ajak). Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan Diana memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap suaminya, Farid. Pernohonan tersebut dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Sumber: KOSMO! ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.