Umum mengetahui, selepas beberapa hari kontroversi melanda rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi serta pasangannya Shuhada Shukri, kini pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 2016 itu akhirnya berpisah. Meskipun belum mengesahkan perpisahan mereka di mahkamah, namun Shuhada menerusi IG Story miliknya menyatakan dia sudah mula mempersiapkan diri untuk berdikari dan memulakan perniagaan atas talian miliknya dengan nama ‘Satu Tak Cukup’.
“Jadi, Shu pilih untuk bina sumber pendapatan Shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan. Azam ini bukan azam sementara tapi azam mutlak!,” tulisnya. Selain itu, Shuhada turut menyatakan dia ingin menepis persepsi buruk terhadap semua ibu tunggal di luar sana yang sering dikatakan mengharap bantuan manusia untuk melangsungkan hidup. Dia turut memberitahu dia bukanlah berasal dari keluarga yang berniaga namun bersyukur kerana ada teman-teman rapat yang sudi membantu dan mengajarnya.
Sebagai info, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain. Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.