Ella jelaskan bahawa tindakannya memadam gambar di instagram bukan gimik

Persoalan mengenai hantaran berbentuk ucapan terima kasih di Instagram ratu rock negara, Ella pada 1 Mac lalu terjawab hari ini. Menurutnya, tindakan memadam gambar dalam Instagram (IG) dan tinggalkan hanya satu entri sahaja bukanlah satu gimik. Sebenarnya ramai sangat yang bertanya, beratus-ratus dan beribu-ribu komen. Ada yang tanya kenapa, yang kata bukan sekarang dan minta tolong satu lagi konsert. Ada yang minta jangan tinggalkan kami kerana kita membesar dengan lagu-lagu. Tolong jangan sekarang. Sunyilah kita. Bila banyak pertanyaan dan reaksi komen peminat, saya rasa terperanjat kerana saya tak pernah dengar dari luahan beratus dan beribu peminat nak tahu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Ella atau nama sebenarnya, Nor Zilla Aminuddin, 57, berkata, dia hanya mahu pengikut memberi fokus kepada entri yang dimuat naik.

Selalunya mereka akan ‘scroll’ tanpa memberi tumpuan apa yang saya muat naik. Bila hanya tinggal satu hantaran sahaja, sekurang-kurangnya mereka akan baca apa yang saya ucapkan. Saya rasa tercabar, sedih, gembira dan pada masa sama serba salah semua ada. Saya harap pada hari ini, saya dapat menjelaskan kenapa saya padam semua gambar. Dan saya hanya tinggalkan satu sahaja, ucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan yang diberikan selama ini iaitu 35 tahun bersama Ella,” katanya. Dia mengharapkan semua persoalan terjawab pada hari ini dan mengakui tiada niat selain itu. Saya pun tidak terdetik nak bersara. Bila ada pertanyaan begitu memang sedih sebab mereka (peminat) macam tak bagi saya tinggalkan dulu industri ini.

Sekarang saya tahu. Mungkin bukan sekarang masa untuk bersara. Insya Allah. Terdahulu, spekulasi tercetus apabila Ella memadam entri dan hanya tinggalkan satu hantaran berbunyi “Terima Kasih Untuk 35 tahun – Ella,” dengan latar belakang hitam. Sidang media hari ini turut mengumumkan Ella akan tampil dengan Konsert 35 Tahun – Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun depan. Menggunakan perkataan Jilid Akhir, Ella berkata, konsert anjuran Hitman Solutions itu bukanlah konsert terakhirnya buat peminat. Saya akan terus keep on rockin. Saya bakal mempersembahkan 35 lagu dengan diiringi pengarah muzik, Datuk Acis,” katanya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.