Duit sumbangan dari konsert TokTi nekad untuk salurkan pada mngsa banjir di beberapa negeri

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Pertubuhan amal Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Khalid tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat dengan banjir yang terjejas di Pahang dan Johor. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti memuat naik sebuah video yang memaparkan aktiviti sumbangan yang diagihkan oleh wakil pertubuhannya di beberapa lokasi negeri terbabit. Alhamdulillah dengan segala nikmatmu, kami dapat berkongsi rezeki bagi meringankan beban mereka yang terlibat banjir di sekitar Rompin, Pahang dan Kota Tinggi, Johor.

Inilah di antara kerja amal Yayasan Nurjiwa dengan setiap sumbangan yang telah diberikan oleh siapa pun kerana apa juga yang berlaku termasuk bencana alam adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangka, Yayasan Nurjiwa akan sentiasa bersedia,” tulisnya. Lebih bermakna sumbangan tersebut adalah hasil daripada penganjuran konsert amal Music of The Soul: An Evening With Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada November tahun lalu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Balqis itu turut menzahirkan penghargaan kepada pihak terlibat dan berharap segala kebaikan diberikan ganjaran yang maha esa. Terima kasih kepada semua, termasuk NGO, sukarelawan dan orang perseorangan yang membantu Yayasan Nurjiwa menyampaikan bantuan banjir di Pahang dan Johor.

Semoga apa jua kebaikan yang kita lakukan, Allah akan merahmati dengan gandaan pahala but kita semua. Aamiin. Untuk rekod, Yayasan Nurjiwa aktif dalam membantu insan-insan yang memerlukan malah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti tertubuhnya  Tadika Afwa Al Aafiyah di Gaza, Palestin. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.