Tya Ariffin sedang asyik menari dalam hutan sekali warganet perasaan sesuatu

Sebut sahaja lokasi di hutan ketika waktu malam, pasti perkataan hantu yang terus terlintas di fikiran. Malah ada di antara kita yang akan tiba-tiba berasa seram sejuk apatah lagi apabila diajak masuk ke hutan, khususnya dalam kalangan mereka yang tidak pernah menjelajah hutan. Kata orang, memasuki kawasan hutan juga memerlukan adab yang sopan kerana biarpun tiada manusia yang dilihat di dalam hutan, namun kita harus menghormati hutan, dan tidak boleh celupar, berteriak tidak tentu pasal atau ketawa berlebihan.

Berbahas soal itu, siapa sangka niat hanya mahu menjalankan pengambaran di dalam hutan, menantu penyanyi nombor satu negara, Tya Arifin dikatakan ditemani sosok wanita berambut panjang atau penampakkan hantu menerusi sekeping gambar. Memuat naik  gambar perkongsian berkenaan di laman Instagramnya, Tya meluahkan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya serta meminta orang ramai memberi kepastian menerusi ruangan komen. Rata-rata warganet juga telah membuat pengesahan mengenai penampakkan makhluk halus itu, malah ada juga yang dapat mengesan kelibat wanita yang dikatakan berpakaian persis Tya yang ketika itu cantik memakai kebaya labuh beserta aksesori kepala seakan-akan jelmaan seorang puteri. Klik sini untuk lihat video.

Dalam hantaran seterusnya, Tya juga telah berkongsi video penceritaannya mengenai kejadian tersebut. Katanya, dia jugak tidak berani untuk melihat gambar berkenaan berkali-kali kerana berasa seram dengan raut wajah makhluk itu.

Katanya, pengambaran tersebut telah dijalankan beberapa bulan yang lalu. Tya menceritakan bahawa ketika itu, pihak produksinya telah memasang lagu traditional jawa bagi mengenakan mood pada ketika itu yang memerlukan Tya untuk menari. Pengambaran itu juga memerlukan Tya melalui kawasan air terjun serta meredah hutan bagi menuju ke lokasi yang dianggap menarik dan sesuai untuk pengambaran berkenaan. Bagaimanapun, syukurlah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ketika itu, malah penemuan ini terbongkar apabila pihak produksi Tya ingin berkongsi hasil pengambaran berkenaan dan secara kebetulan menemui sosok yang tidak dikenali dalam gambar berkenaan.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.