Bukan senang rakyat Indonesia nak terima karya dari Malaysia, Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal dinobatkan tokoh filem perpaduan

Penghasilan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal melayakkan syarikat produksi animasi tempatan, Les’ Copaque Production diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Filem Perpaduan pada sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2023 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Hulu Kelang, semalam. Anugerah terbabit disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Pengasas syarikat Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, kejayaan ini adalah rekod peribadi buat mereka yang aktif menghasilkan siri animasi untuk penonton. Naskhah ini sememangnya mengetengahkan kehidupan aman dan harmoni melalui perpaduan antara kaum.Kami berbangga diberi peluang menjadi Tokoh Filem Perpaduan pada malam ini. Sejak siri Upin & Ipin diterbitkan pada 2007, animasi itu tak lekang daripada membawa mesej perpaduan.

Jika pada kebiasaannya kita melihat ada unsur pergdhan dalam animasi, akan ada juga watak yang jahat dan baik. Tapi dalam Upin & Ipin unsur itu tidak ada,” katanya. Menurutnya, jika ada konflik yang timbul pun, ia dipaparkan sangat sedikit. Karya Les’ Copaque yang ada banyak unsur perpaduan adalah Upin & Ipin. Les’ Copaque juga berbangga apabila siri animasi Upin & Ipin masih menerima sambutan baik di Indonesia sehingga kini. Setiap tahun kami menghasilkan sebanyak 42 siri animasi berkenaan untuk ditayangkan di negara itu. “Bukan senang untuk rakyat Indonesia menerima karya dari Malaysia sama ada filem atau pun muzik kita. Tapi Upin & Ipin berjaya diterima dengan baik di sana. Burhanuddin berkata, sebaik siri animasi itu siap, pihaknya terus menghantar ke Indonesia terlebih dulu untuk tayangan.

Kos pembuatan Upin & Ipin mungkin terlalu mahal hingga mengakibatkan harga jualan terlalu tinggi untuk diterima saluran televisyen tempatan. Namun kami tidak menjual siri animasi itu di Indonesia sebaliknya meraih pendapatan melalui jualan iklan yang ditayangkan selama lima jam setiap hari di negara terbabit. Pendapatan yang dijana hanyalah menerusi iklan. Selepas ini kami akan tampil dengan beberapa siri animasi terbaru untuk penonton,” katanya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.