Anak muat naik gambar lama Esma Daniel, sekali ini pula komen warganet

Buat yang mengikuti platform TikTok, tentu sudah cukup familiar dengan satu trend yang berkongsikan foto masa muda ibu bapa mereka. Trend tersebut mengatakan, “My dad/mom said he/she rejected a lot of girls/boys back then.” Tidak melepaskan peluang untuk mengikut trend, seorang pengguna TikTok harithdaniel_iam yang dipercayai anak kepada pelakon senior, Esma Daniel juga mengikuti trend tersebut. Buat yang mengikuti perkembangan pelakon ini tentu begitu menyukai dirinya yang tidak hanya kacak malah merupakan salah seorang pelakon hebat. Wajah Esma Daniel sering menghiasi kaca televisyen dan tidak dilupakan sebagai pemegang gelaran Juara Hero Remaja 1990/91. Klik sini untuk lihat video.

Melihatkan rakaman video ini pula, turut dikongsikan beberapa keping foto Esma Daniel ketika muda oleh anak lelakinya ini. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak hairan kerana sememangnya pelakon ini memang diakui ramai seorang yang kacak. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui bahawa  Esma Daniel sememangnya seorang pelakon yang memiliki rupa paras kacak.

Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.