Tak dapat terbayang boleh galas tanggungjawab besarkan 2 orang anak sendiri, video terbaru Rita Rudaini buat ramai yang kagum

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur kerana diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anaknya sebagai seorang ibu tunggal. Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), aktres berusia 46 tahun ini memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama anak-anaknya ketika masih kecil sehinggalah meningkat remaja. Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki ini turut berkongsi perjalanan suka duka dalam membesarkan anak-anak. Tambah Rita, dia tidak menyangka dirinya mampu menghadapi segala cabaran itu seorang diri. Klik sini untuk lihat video.

“Tak pernah terbayang, waktu mereka sekecil ini, aku sudah galas tanggungjawab sorang-sorang. Hebatnya tenaga dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan juga ibu-ibu tunggal yang lain. Bukan itu sahaja, pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga menjelaskan perasaan yang dirasainya sukar untuk digambarkan sebaliknya hanya mampu meluahkan hal itu kepada yang Maha Esa. Bukan senang ya. Tengok macam senang kan, liku-liku, lopak-lopak, gaung, duri di kiri dan kanan. Hanya kami saja yang dapat rasa. Nak terangkan dengan kata-kata memang tak dapat. Hanya dengan airmata saya cerita padaNYA. Syukur padaNYA yang telah menulis perjalanan hidup aku, indah dengan pengalaman. Sangat indah dengan bahagia cara kami sendiri.

Sekadar info, Rita Rudaini mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun telah bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.