Pasangan dia bukan calang calang orang, Sophia Albarakbah akui sedang menjalin hubungn dengan doktor

Pelakon jelita Sophia AlBarakbah akui dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan seseorang yang bukan di dalam industri seni. Ketika ditemui, Sophia, 29, menyatakan kekasihnya itu merupakan seorang doktor. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak berkongsi secara berlebihan pada umum. “Betul, teman lelaki saya seorang doktor dan tidak terlibat dalam industri seni. Saya seorang yang sangat menjaga privasi, tidak suka sangat berkongsi hal sebegini kepada umum. Sophia hanya memohon doa agar yang terbaik buatnya dan pasangan.

Sophia berkata demikian ketika Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pelakon drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ memberitahu teman lelakinya itu merupanya pemberi semangat tegar ketika dirinya menerima kritikan gara-gara kontroversi cinta lokasi. “Dia dan keluarga merupakan individu yang memberi sokongan untuk saya kuat ketika itu. Dia (teman lelaki) juga amat memahami saya. Mereka adalah tulang belakang saya ketika ini.

Dalam pada itu, Sophia dilihat sering kali berkongsi momen manis bersama teman lelakinya di Instagram (IG). Selain itu, pelakon berusia 29 tahun itu juga semakin kerap hadir ke majlis-majlis hiburan bersama pasangannya. Kredit: Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.