Tular pasal warga emas kembara 300 kilometer bawa 11 ekor kucing bersama

Kisah menyentuh hati seorang lelaki tular di media sosial Thailand selepas dia mengembara bersama 11 ekor kucing peliharaannya dengan menaiki motosikal dari Bangkok menuju bandar Nakhon Ratchasima di rantau Isaan, lapor laman berita Thaiger semalam. Perjalanan Pak cik Samsen bersama 11 ekor kuncingnya sejauh hampir 300 kilometer itu mengambil masa kira-kira lima jam. Orang ramai mengenali Pak cik Samsen atau nama sebenarnya, Choowong Thepkoh, 65, selepas pesohor-pesohor TikTok Thailand menyiarkan video dia bersama kucingnya.

Pak cik Samsen menyara hidup dengan menjual perhiasan di pasar lambak daerah Pom Prap Sattru Phai di Bangkok. Dia juga mengitar semula sampah dan menjualnya kepada kilang kitar semula. Kumpulan pencinta kucing juga telah membantunya dengan menyumbang makanan dan barang keperluan lain untuk haiwan-haiwan itu. Laman Facebook kucing popular, Kingdom of Tigers turut mengumpul dana untuk membeli sebuah motosikal roda tiga supaya dia boleh pergi ke pasar bersama kucing-kucingnya. Pada Jumaat lalu, laman web itu meminta orang ramai melindungi Pak cik Samsen sekiranya bertemu dengannya di jalanan. Lelaki itu ingin membawa kucing-kucingnya melawat Nakhon Ratchasima setelah meninggalkan bandar itu 26 tahun lalu. 

Pasukan penyelamat di bandar Nakhon Ratchasima kemudian membantu menemani Pak cik Samsen sehingga dia tiba di destinasi tersebut pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan). Dalam satu wawancara, Pak cik Samsen memberitahu bahawa dia tinggal di Bangkok dan menjual apa sahaja supaya mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan untuk dia dan kucing-kucingnya.

Lelaki warga emas itu berkata, semua kucing tersebut adalah kucing terbiar. Dia berhasrat untuk menjaga kucing-kucing itu walaupun kadang kala sukar untuk memberi haiwan itu makan. – Agensi . Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.