Akhirnya terjawab teka teki warganet, ingatkan bertunang rupanya ini yang Zara Zya buat

Gimik seperti sedang melangsungkan pertunangan dan seolah-olah menerima sebentuk cincin nampaknya menjadi apabila ramai yang menyangkakan bahawa pelakon terkanal, Zara Zya bakal mendirikan rumah tangga. Bermula dengan tularnya satu gambar dia menerima sebentuk cincin dan juga video memperlihatkan kotak-kotak hantaran, ramai yang berasa tertipu apabila Zara berkongsi hantaran terbaru di Instagram.

Sebenarnya, momen seolah-olah bertunang itu adalah salah satu babak dalam iklan mempromosikan produk keluarannya yang diletakkan di dalam kotak hantaran. Ternyata pelbagai khabar angin mengatakan yang pelakon itu bertunang tidak benar dan kebanyakkan peminatnya berasa di ‘prank’ olehnya.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan mereka tidak mengambil hati dengan cara marketing yang dibuat Zara Zya dan masing-masing hanya tertawa dengan apa yang sudah berlaku. Ada juga yang sudah dapat mengagak dari awal bahawa video yang dikongsikan pelakon drama Monalisa itu sekadar konten melihat daripada individu yang menyarungkan cincin serta kualiti video.

Untuk rekod, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38 pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Hafreez Adam sekitar tahun sekitar Oktober 2019. Namun, sebulan selepas majlis berkenaan, mereka mengesahkan bahawa telah putus dan perancagan untuk berumah tangga dibatalkan. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.