Nak betul betul bersedia untuk jadi ibu, Hannah Delisha cadang mahu 4 orang ank

Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon cantik, Hannah Delisha pastinya tidak terlepas daripada pertanyaan bilakah mahu menimang cahaya mata. Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik nama sebenar  Hannah Adlina Blackburne Birch, 27 mengakui bahawa dia dan suami, Imam Shah, 34 bercadang mahu menimang empat orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi merancang perihal tersebut dan enggan tergesa-gesa dalam soal itu. “Saya dan Imam memang sudah terfikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah. 

Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak. Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian penuh kepadanya. Kita tengoklah nanti, bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia bergantung kepada keizinan Allah,” katanya. Tambah pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia perlu mempunyai mempersiapkan diri dan kekuatan sebelum bergelar ibu kerana tahu tanggungjawab yang cukup besar bakal digalas lebih-lebih lagi wanita bekerjaya sepertinya.

“Terus-terang, saya memang kagum sangat dengan ibu-ibu yang boleh kerja dan pada masa sama jaga anak. Bukan mudah sebab mak saya sendiri pun seorang ibu tunggal. Saya nampak cabaran dia jaga dan besarkan anak sambil bekerja. Setakat ini, orang sekeliling pun tak menekan saya pasal zuriat. Kalau diaju soalan itu, saya cuma minta mereka doakan agar saya beroleh rezeki kelak,” katanya. Untuk rekod, Hannah dan Imam telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah bernikah pada Februari 2021.

Buat masa ini, Hannah sedang rancak mempromosikan drama lakonannya Andai Itu Takdirnya yang bergandingan dengan Shukri Yahaya. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.