SEPERTI kebanyakan pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga, penyanyi Aiman Tino juga tidak terlepas berdepan pelbagai dugaan ‘drh manis’ sebelum sah bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa, 24, pada Khamis. Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, perancangan untuk majlis pernikahan hampir menjadi huru-hara disebabkan mulut sesetengah pihak yang bercakap perkara tidak benar sehingga menimbulkan salah faham antara keluarga. “Selepas ibu bapa kami berjumpa semuanya berjalan dengan baik, namun dalam tempoh melakukan persiapan kami juga tidak terlepas dengan banyak dugaan.
“Disebabkan mulut orang mulalah membuatkan apa yang yang dirancang jadi kucar-kacir. Ia menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga hanya disebabkan perkara kecil sahaja. “Bagaimanapun saya anggap itu seperti bisikan syaitan yang mahu menguji hati ini. Saya percaya dia adalah jodoh terbaik dan sering kali buat solat istikarah untuk tetapkan hati ini,” katanya.
Aiman dan Syarah disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis dan pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada 6 Mei. Bercakap soal perancangan dalam hidup berumah tangga, kata Aiman isterinya itu akan sentiasa menjadi peneman jika ke mana sahaja dia pergi termasuk untuk urusan kerja. Bahkan mereka juga sedia untuk lebih terbuka berkongsi kandungan media sosial bersama tentang kehidupan baharu. “Apabila sudah duduk serumah, bolehlah kami buat content bersama. Itu juga salah satu cara untuk jana pendapatan.
“Saya tidak akan sorok isteri. Ibunya pun sudah berpesan agar sentiasa membawa membawa dia bersama ke mana sahaja saya pergi. Saya pun lebih senang jika dia ikut bersama. “Sebelum ini Syarah pernah bekerja dengan produksi, jadi dia sudah biasa dengan dunia hiburan. Tidaklah kekok untuk mengetahui selok-belok dunia artis,” ujarnya. Sementara itu bagi Syarah pula dia cukup memahami tugas suaminya itu dan sedar bahawa Aiman akan sentiasa dikelilingi oleh ramai peminat. “Sejak awal kenal pun saya tak pandang status dia sebagai artis atau popularitinya. Dia tahu batas bersama peminat dan saya pun tidak kisah untuk mereka rapat selagi tidak berlebihan.
“Apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain,” jelasnya. Pasangan ini merancang untuk berbulan madu ke luar negara namun enggan berkongsi destinasi pilihan mereka. Ditanya soal memiliki cahaya mata, mereka berharap akan segera dikurniakan anak namun tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut. “Sebelum kahwin lagi ibu bapa kami sudah bercakap soal anak. Kami serahkan semua itu pada rezeki. “Namun saya ingat pesan ibu bahawa sebagai pasangan berkahwin kenalah usaha sekurang-kurangnya dapatkan seorang dahulu sebelum rancang lebih mendapatkan lebih ramai anak,” kongsi Aiman.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.