Aksi Chacha Maembong Salam Raya,buat peminat terhibur.

Tular sebuah video perkongsian Coddy Maembong apabila adiknya, Chacha Maembong, membuat aksi lucu sebelum bersalaman dengan ibunya sempena Hari Raya. Menerusi video tersebut, sebelum Chacha bersalam dengan ibunya, dia sempat menari dan membuatkan seisi keluarganya ketawa terbahak-bahak melihat aksi lucunya itu.

Di akhir video tersebut, Chacha dan beberapa adik-beradiknya yang lain turut serta untuk menari sementara yang lain sedang bersalam dengan ibu mereka. Ruangan komen dipenuhi dengan komen warganet yang geli hati melihat aksi keluarga bahagia ini.

Masih teringat Chacha kena ngap dengan anak Emma last year Chacha tiap tahun buat hal. Tahun lepas dah kena gigit,” tulis warganet di ruangan komen.Terdahulu, sebuah video juga tular apabila Chacha digigit oleh anak Emma Maembong, Shariq Gabriel ketika bersalam raya dan insiden tersebut masih membuatkan netizen geli hati.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.