Ank dapat keputusan cemerlang dekat MRSM, ramai yang sebak bila tengok video Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini meluahkan kesyukuran apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memperoleh keputusan cemerlang sehingga menerima anugerah di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Negeri Sembilan. Menurut Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, dia menyifatkan kejayaan anaknya berusia 14 tahun itu adalah sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini. Rita berkata, hari lahirnya pada tahun lalu turut bermakna apabila Rayyan diterima masuk ke sekolah berasrama berkenaan yang pasti menjadi kebanggaan buat dirinya sebagai ibu tunggal.

“Tahun lepas birthday mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur alhamdulillah,” tulisnya. Pelakon berusia 47 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan momen ketika Rayyan menerima anugerah serta ucapan istimewa hari lahir buat ibu tercinta. Pada masa sama, pelakon drama Istidraj Cinta itu mahu dua anak lelakinya membuktikan bahawa mereka juga mampu berjaya selain menghiraukan kata-kata negatif daripada orang ramai. Klik sini untuk lihat video.

“Mommy tak  mintak lebih cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada org di luar sana yang kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai… rezeki Ramadan,” katanya. Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008, namun berpisah tiga tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 12 tahun. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.