Buat agihan makanan untuk orang awam bersahur, tapi gelagat Aeril Zafrel kacau orang melatah buat warganet terhibur

Pelakon Aeril Zafrel tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas melihat gelagatnya menyakat orang awam dan gelandangan yang melatah, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di TikTok, Aeril dan isterinya, Wawa Zainal sedang membuat agihan makanan kepada orang awam untuk bersahur. Dalam perkongsian tersebut, Aeril kelihatan ligat mengusik seorang wanita yang melatah ketika menghulurkan makanan kepadanya. Nasib baik tak tercampak nasi tu ek. Boss Aeril kalau menyakat orang nombor shatu (satu) tau dia,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur melihat gelagat spontan pelakon itu. Malah, ada juga yang memuji sikap prihatin pasangan pelakon itu yang sudi membantu orang yang dalam kesusahan untuk bersahur. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.