Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak bermakna dia tidak berusaha untuk mendapatkan lesen sebaliknya sedang menunggu tarikh untuk kelas latihan memandunya. Menurut pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, setakat ini dia telah lulus ujian berkomputer beberapa minggu lalu dan hanya memerlukan masa untuk menyelesaikan lesen selepas hari raya nanti.
Saya sudah maklumkan kepada pengurus saya untuk selesaikan lesen selepas hari raya nanti. Insya-Allah bulan depan saya akan selesaikan lesen memandu saya, setakat ni saya dah dapat lesen L,” katanya. Anna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anna Jobling yang diadakan di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur pada Sabtu. Dalam pada itu, pelakon utama drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus ini juga memaklumkan, komitmen kerja yang banyak menyebabkan dia sedar perlunya kenderaan sendiri untuk bergerak walaupun kereta tersebut sebenarnya dibeli untuk dihadiahkan kepada ibunya.
Pada awalnya saya beli kereta tu untuk dihadiahkan kepada Mama tapi dia dah ada kereta sendiri jadi saya ambil keputusan untuk jadikan itu kereta pertama saya tapi masih dipandu oleh Mama. Sebenarnya saya memang tak tahu memandu, setakat nak jalan ke depan sikit tu bolehlah tapi untuk bawa di atas jalan raya memang saya tak boleh,” jelasnya. Selain itu, aktres ini juga mengaku mempunyai perancangan untuk menambah asetnya dengan membeli kediaman sendiri pada hujung tahun ini. Insya-Allah, lepas beli kereta saya mungkin nak beli rumah mungkin pada hujung tahun ini,” ujarnya.
Terdahulu, Anna berkongsi berita gembira kepada semua pengikutnya apabila berjaya membeli kereta pada usia 23 tahun menerusi hantaran di Instagram Story miliknya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.