Mengaku ini bukan gimik, Zulin Aziz tak mahu dedahkan punca dia dan suami berpisah

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz tidak akan membuka mulut mengenai punca perpisahannya dengan suami, Farhan Norzaini kepada umum. Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata, dia lebih selesa menyimpan segala kemelut rumah tangganya dan cukup hanya dia dan Farhan mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam perkahwinannya. Susulan itu, Zulin juga berharap orang ramai dapat menghormati privasi mereka berdua buat masa ini dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan. “Saya mohon maaf jika tak dapat memberi apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami yang tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.

“Mungkin ini ujian buat kami. Harap semua dapat menghormati permintaan saya,” katanya. Zulin menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Zulin menepis dakwaan kononnya dia sengaja menjual cerita rumah tangga demi meraih perhatian atau bertujuan mempromosikan produk. “Saya tiada lagu nak keluar, tiada produk nak launch. Hal macam ini orang tak betul sahaja buat gurauan. “Mental saya dah cukup koyak, jangan ditambah lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zulin memberitahu ketika ini dia bersama keluarga dan masih dalam proses memulihkan diri. “Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing. “Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik,” jelasnya. Pada pagi Isnin, Zulin membuat kejutan apabila memaklumkan dia dan Farhan memilih jalan berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka. “Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman. “Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” ujarnya.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.