Walaupun badan dah mengigil sebab tahan lapar tapi dia tetap teruskan, ramai yang puji usaha dia untuk cuba berpuasa

PERKONGSIANĀ video pemuda berbangsa Cina, Ooi Liang Chia berpuasa di hari pertama Ramadan menarik perhatian warganet di aplikasi TikTok. Berkongsi pengalamannya itu,Chia, 28, yang juga merupakan seorang pelakon berkata dia tetap menghabiskan puasa meskipun badannya sudah mula lemah dan menggigil kerana kelaparan. “Bila masuk kereta balik daripada bazar Ramadan, saya mula rasa menggigil. Saya tidak tahu macam mana nak terangkan, tapi badan saya mula gigil dan jadi lemah.

“Apa yang buatkan saya bertahan kerana pada waktu itu tinggal lebih kurang setengah jam lagi waktu berbuka. Sekiranya saya terus makan pada waktu itu, saya rasa macam sia-sia pula, dahlah bangun sahur pukul 5. Jadi, saya tahan sikitlah,” katanya ketika dihubungi. Menurut pelakon Jangan Curi Hati Saya ini, dia berminat untuk berpuasa memandangkan waktu makannya setiap hari tidak teratur dan makan dalam kuantiti sedikit. Dua hari lalu, saya ada cuba untuk berpuasa kerana biasanya saya makan pun tak ikut waktu. Jadi saya rasa lebih baik jika saya cuba untuk puasa.

“Saya cuma nak rasa sekurang-kurangnya sehari bagaimana rasanya bila berpuasa,” ujarnya. Mengakui tidak mampu menahan lapar, Chia berkata buat masa ini dia belum terfikir untuk berpuasa penuh selama sebulan. Pun begitu, aktor berkenaan meluahkan rasa kagum dengan umat Islam yang mampu menjalani ibadah puasa selama sebulan. “Secara jujurlah, kalau tanya saya sekarang ni memang saya tak mampu puasa lagi. Tapi apa-apa pun saya memang tabik dengan umat Islam yang boleh berpuasa selama sebulan.

“Pertamanya, mereka tak makan sehari. Lepas tu, kena bangun pula awal pagi untuk sahur. Bukan senang tau nak bangun pukul 5 pagi,” katanya. Sebelum ini, Chia pernah tular di aplikasi TikTok kerana menunggu rakan-rakannya yang beragama Islam menunaikan solat di sebuah masjid. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.