Berpakaian serba hijau masa solat, gelagat Jebat Jayden buat ramai yang terhibur

Geli hati sungguh melihat keletah comel dan bijak anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden. Kalau sebelum ini, dia mencuit hati ramai kerana kepetahannya bercakap, kali ini lain pula yang dibuat Jebat. Dalam sebuah video yang dimuat naik salah seorang ahli keluarga ibunya Noor Nabila di laman Instagram, dia berkongsi video Jebat sedang menunaikan solat jemaah maghrib bersama-sama namun apa yang menarik perhatiannya adalah anak pelakon terkenal itu memakai kostum serba hijau ketika sedang solat.

Hal yang demikian sungguh lucu kerana anak sekecil ini cuba untuk mengikut mendirikan solat namun tetap dengan dunia imaginasi sebagai kanak-kanak riang! Menjengah ke Instagram story milik Sharnaaz, dia juga turut mengakui bahawa sosok tubuh kecil itu pasti anaknya kerana sudah mengetahui bahwa Jebat Jayden sememangnya sentiasa mempunyai akal yang panjnag serta menghiburkan orang di sekelilinya.

Sebelum ini, ibunya sendiri iaitu kakak kepada figura terkenal Neelofa, Nabila sering berkongsi telatah dan gelagat lucu anaknya itu di media sosial. Setiap kali videonya dipaparkan menerusi media sosial pasti mengundang tumpuan. Melihat gelagat anak kadang-kadang buat kita rasa nak tergelak, ada masa terasa juga ‘stress’ datang melanda. Bagi kebanyakkan ibu-bapa pastinya ‘moment’ anak-anak sedang membesar adalah kenangan yang paling terindah. Terdahulu Sharnaaz pernah berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017.

Sumber:Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.