Muat naik gambar berada di Tanah Suci, Daiyan Trisha berhasrat nak nikah di sana kalau ada rezeki

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha meluahkan hasrat untuk bernikah di depan Kaabah di Tanah Suci Mekah sekiranya diizinkan Allah SWT pada satu hari nanti. Menurut laporan Kosmo!, penyanyi berusia 30 tahun itu berharap doanya itu diperkenankan Allah SWT walaupun masih tiada teman istimewa buat ketika ini. “Cinta hati saya. Kalau ada rezeki nanti, nak nikah di sini. Ya Allah amin, permudahkanlah kalau ada rezeki. Masalahnya calon pun tak ada lagi, dah fikir nak nikah di mana,” katanya.

Daiyan berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram memaparkan beberapa keping gambar dan video istimewa sepanjang berada di Tanah Suci termasuk mendapat sebuah bilik hotel bernombor 222. “Nombor bilik saya. Sebenarnya bukan bilik ini yang saya dapat. Kami (dia dan ibunya) tak dapat akses bilik pertama yang diberikan pada awalnya. Tukar kad bilik dua kali dan bila dapat bilik baharu, ibu kata ini nombor saya, kelahiran semula,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon drama Projek: High Council itu berkongsi momen sebak apabila hujan membasahi bumi Mekah sebaik dia tiba di sana. “Hujan lagi. Sepanjang saya di sini (Mekah), Dia turunkan hujan empat kali. Masa sampai, tawaf, malam terakhir di sini dan pagi terakhir sebelum tawaf wida. Keberkatan dalam keberkatan, syukur alhamdulillah,” kongsinya. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.