Sepanjang 3 tahun berniaga kali ni paling laju, 13 ribu botol sambal nyet Khairul Aming habis dalam masa 2 minit

Di  samping membuat content masakan, kita tahu bahawa Khairul Aming juga ada membuat perniagaan sambalnya. Seperti yang kita sedia maklum, jualan sambal daripada Khairul Aming ini sangat laris. Ada warganet yang memang kena tunggu giliran untuk merasai produk sambal mereka, dengan reputasinya yang sangat baik, pastinya ramai yang ingin support perniagaannya. Buktinya semalam, kita dapat tengok tempahan yang buatkan Khairul Aming jadi tak menang tangan. Dalam video yang berdurasi 46 saat itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa dia baru sahaja restock sambal yang untuk dijual sebanyak 13,000 unit, tapi dalam masa 2 minit sahaja, kesemua sambalnya itu habis dijual. Klik sini untuk lihat video.

Dapat dilihat menerusi satu video yang menunjukkan notifikasi dari telefon bimbitnya bertubi-tubi masuk yang membuatkan Khairul Aming tergamam. Menurutnya sepanjang 3 tahun dia berniaga, ini lah sold out paling laju sekali. Hurm, mungkin sebab bulan puasa ni, Khairul Aming tengah ‘mendunia’ dan dirinya jadi tumpuan kot, sebab ramai yang puji cara Khairul Aming respon pada satu kritikan. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet tumpang bangga, terinspirasi dan memuji Khairul Aming, dalam masa 17 jam ia dikongsikan di Twitter, video ini dah raih lebih 11K jumlah retweets.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.