Tular Video Bergaduh Di Kedai Karpet, Adam Lee dan Sweet Qismina Tampil Buka Mulut.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah klip video yang memaparkan pelakon Adam Lee bergaduh dengan seorang individu lain di kedai karpet milik pelakon Dazrin Kamarudin. Susulan itu, Adam tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan memuat naik kenyataan di Instagramnya.

Katanya, dia diberi tugas untuk ‘prank’ isterinya, Sweet Qismina dalam sebuah program namun tidak mempunyai kata setuju untuk diterbitkan untuk tujuan pemasaran. Malah, Adam menegaskan bahawa dia dan isteri tidak ada kena mengena dengan ‘marketing’ yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, dia sendiri terkejut dengan apa yang terjadi.

Susulan itu, Adam dan Sweet memohon agar tiada lagi spekulasi negatif dibuat berdasarkan video tersebut dan meminta pihak yang terlibat untuk memadam dan memperbetulkan semula kenyataan. Bukan itu sahaja, Adam juga tidak mahu dirinya dan isteri dipaparkan begitu kerana mempunyai imej untuk dijaga melainkan mempunyai persetujuan.

kredit xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.