Rupanya dalam diam pandai main drum, gelagat Roy Azman main dram dekat Jalan Tar tarik perhatian ramai

Pelakon Roy Azman sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat kehebatannya bermain drum, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di TikTok, Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman telah berkongsi momen dirinya memain drum sewaktu membuat persembahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Dalam perkongsian tersebut, Roy sempat memaparkan gelagat Zahid Baharuddin yang turut menyanyikan lagu Hatiku Kau Guris Luka nyanyian kumpulan Sweet September. Band ‘Carca Merba’ show td depan Gulatis Jalan TAR Kl. Yg pompuan tu Shashic tau. Nizam mc. Tq Gulatis & tetamu yang hadir. Tq (thank you)  jugak to Band Caliph Buskers bagi tumpang main tadi…so sweeeetttttt,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memuji kehebatannya bermain drum biarpun bersahaja. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.