Dari London sanggup balik Malaysia, akhirnya tercapai juga hasrat Leona nak naik motor pergi bazaar ramadhan

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman berseloroh mengatakan dirinya ‘pening’ kepala apabila anak perempuannya yang juga seorang pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sudah pulang ke Malaysia bagi menyambut Ramadan. Menurut Azhar, antara tujuan Leona pulang ke tanah air adalah kerana merindui suasana membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dengan menaiki motosikal. Terbaharu, menerusi muat naik video di laman TikTok, Leona akhirnya dapat mengubati kerinduan untuk berbuat demikian apabila dia pergi ke bazar bersama bapanya dengan menaiki motosikal, baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video berkenaan juga, gadis berusia 21 tahun itu dilihat cukup teruja dan gembira berkongsi momennya menaiki kenderaan dua roda itu untuk menuju ke bazar yang difahamkan berada tidak jauh dari kawasan perumahannya. “Hello semua, sekarang saya akan pergi ke bazar dengan ayah. Saya dan ayah akan pergi bazar Pencala High Street dan tidak jauh dari rumah saya. Ramai sangat orang. Sebab saya naik motor supaya dapat elak jam, kalau jam nanti boleh hilang mood nak pergi bazar. Tapi saya tidak pandai bawa motor, jadi saya akan suruh abang atau ayah saya bawa. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat gelagat anak kepada aktor berusia 51 tahun itu selain menyifatkan Leona sebagai seorang yang comel.

Untuk info, Leona bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin kini sedang melanjutkan pengajian di London. Selain Leona dan Andika, Azhar turut mempunyai seorang lagi anak perempuan sulung bernama Kasih Leia Ixora. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.