Kongsikan kisah hidup masa susah dulu, ini pula luahan dari Jep buat ramai yang kagum

Muhd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep, merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio yang berjaya di Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai pelawak apabila Jep menyertai Raja Lawak musin ke-3 bersama Shuib dibawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu, maka dia dikenali sebagai Jep Sepahtu. Jep juga telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita Malaysia iaitu Sari Yanti pada 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Terdahulu, Jep menceritakan kisah hidupnya yang susah semasa ditemubual oleh Dj Nazz. Menurut Jep, dengan apa yang dia ada pada hari ini adalah ketetapan dari Allah berserta dengan doa dari kedua Ibu-bapa nya. Tambahnya lagi, dia yakin ada air mata ibu dan bapanya sorokkan, ketika mendoakan mengenai memudahkan urusan Jep sehingga berjaya ke hari ini, dan perkara itu membuatkan Jep berasa terharu. Jep juga sering meletakkan kedua ibu-bapa nya ditangga teratas dalam kehidupannya.

Di tanya lagi oleh Dj Nazz, mengenai Jep sering mengungkapkan rezeki yang dia ada pada harini untuk membantu keluarganya, dan dia meminta Jep untuk berkongsikan apa yang Jep beri pada kedua ibu-bapa nya itu. Namun begitu, Jep tetap tidak mahu memberitahu apa yang telah dia berikan kepada kedua ibu dan bapanya itu. Biarlah itu menjadi rahsia buatnya kerana khuatir akan menimbulkan perasaan riak pada diri.

Kata Jep lagi, kini dia lega kerana dapat senangkan keluarganya, dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada mereka. Jep juga berasa puas kerana ibu-bapa nya tidak perlu bersusah-payah dan berpenat-lelah lagi untuk memikirkan soal rezeki kerana kini Jep mampu menyara mereka. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.