Hadiah terbesar pada bulan Ramadhan, Datuk Rosyam Nor luah rasa syukur dianugerahkan cucu kelima

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor bersyukur dianugerahkan cucu kelima tengah malam semalam. Rosyam menerusi Instagram turut memuat naik video dia sedang mendukung cucunya itu. Alhamdulillah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadhan kali ini. Lahir seorang lagi cucu kelima penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi. Mak dengan ayahnya, big boss Adraa minta aku berikan nama,” tulisnya. Perkongsian ini mendapat tanda suka lebih 23,000 pengikutnya setakat ini. Manakala, rakan-rakan selebriti antaranya Fedtri Yahya, Izzue Islam, Shamsul Ghau Ghau dan Ustaz Elyas Ismail pula mengucapkan tahniah terhadapnya atas kelahiran cucu terbaru ini.

Tidak ketinggalan, ada yang mengusik Rosyam mengatakan Rosyam masih nampak muda walaupun sudah mempunyai cucu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Perasaan saya sangat-sangat gembira dan syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan cucu lelaki ini dan keempat dalam keluarga saya,” kata penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 54, yang sebelum ini berkongsi rasa bahagianya di Instagram apabila akhirnya dapat menimang cucu lelaki, kelmarin. Bayi itu juga adalah lelaki pertama dalam keluarganya dalam tempoh 32 tahun.

Rosyam ketika dihubungi berkata, dia sudah mempunyai tiga orang cucu perempuan dan kali pertama menimang cucu sendiri ketika berusia 46 tahun. Saya berkahwin pada usia muda dan kali pertama dapat gelaran ‘datuk bercucu’ ketika berusia 46 tahun. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki Allah ini dan kadang-kadang apabila bersiar-siar dengan cucu pun, orang ingat saya bawa anak. Sekarang cucu sulung saya, Hanan Adraa berusia lapan tahun, Haura Ameena, 4, dan Humaira Auliyaa, 2. Mereka bertiga pun gembira sangat dah ada sepupu lelaki,” katanya memberitahu kemungkinan cucu dan anaknya akan dibenar pulang.