Diana Danielle tolak tawaran RM300k dari suami, tapi ini je yang dia minta

Demi menyelamatkan rumah tangga mereka, pelakon, Farid Kamil semalam telah menawarkan beberapa tawaran kepada isterinya, Diana Danielle dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700. Antara empat tawaran perdamaian yang disenaraikan Farid iaitu sebuah Toyota Vellfire berharga RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000, dan bayaran balik pakej umrah sebanyak RM44,000.

Susulan tawaran tersebut, Peguam Syarie Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya hanya mahu satu amaun yang berpatutan serta nafkah untuk dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8. Diana juga telah menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan Farid dan cuma meminta dilepaskan dengan cara baik, lapor Harian Metro. “Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik.

“Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka berpisah,” katanya. Akberdin juga berkata, Diana menolak kerana ia tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri. “Anak guam saya mahu berpisah dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam.

“Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian,” katanya. Dalam pada itu, Farid Kamil menerusi posting di IG story telah membuat permohonan maaf berkaitan kenyataannya kepada media berkaitan pihak ketiga ketika ditemuramah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam. Menurut kenyataan itu, Farid memberitahu yang dia menarik balik kenyataan yang dikaitkan dengan pihak ketiga itu dan memohon maaf kepada ibu mentuanya, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle.

Terdahulu, Farid ada mendedahkan hubungannya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama terputus selepas mendakwa Diana menghalau wanita itu keluar dari rumah pada 2019. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.