Nekad untuk keluarkan tudung jenama sendiri, Puteri Sarah terkejut dalam masa setengah jam tudung boleh habis

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana terkejut tudung jenamanya sold out dan habis tudung tidak sampai setengah jam. Menerusi video tular di aplikasi TikTok, aktres drama rantaian Suri Hati ini mengakui terharu atas sokongan tidak putus dari peminatnya. Saya masih tak percaya, saya baru live tudung saya dah sold out! Jap saya tak percaya, korang tipu kan? Astarghfirulahalazim.. Thank you so much. Alhamdulillah syukur,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sayu melihat and wajah tenang Puteri Sarah meskipun dilanda ujian dalam rumah tangga. Allah akan darjah orang yang teraniaya.. dia reda dengan dugaan maka Allah lancarkanlah hidupnya. Bila dia reda atas apa jadi kat dia. Maka Tuhan angkat lagi darjatnya. Murah rezeki,” ujar warganet lain.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof mencapai kata sepakat untuk berpisah dan mahkamah menetapkan 18 April depan untuk lafaz talak. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Krisis perkahwinan Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah Liyana, 38, bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan. Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan perkara terbabit selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pagi tadi. Pihak Puteri Sarah dan pihak Syamsul sudah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara aman dan baik. Jadi kita akan datang minggu depan untuk mengesahkan penjanjian itu dan lafaz talak.