Dr Rafidah cakap dia tak makan sardin, sekali kena kritik juga dengan warganet

Terdahulu, nama Dr Rafidah telah menjadi sebutan warganet di media sosial gara-gara tegurannya terhadap influencer masakan terkenal, Khairul Aming dengan mengatakan masakan influencer tersebut tidak sihat kerana banyak minyak. Teguran itu walau bagaimanapun telah diterima secara positif oleh Khairul Aming dan isu tersebut dianggap telah selesai. Namun terbaru hari ini, doktor berkenaan telah menerangkan pula mengenai bahaya memakan sardin di dalam tin selepas katanya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara tersebut di Twitter. Dr Rafidah menjelaskan bahawa dia tidak memakan sardin dalam tin dan menggoreng makanan tersebut kerana sardin berkenaan mempunyai banyak preservatif dan garam.

Namun tweet doktor berkenaan nampaknya telah disalah anggap warganet sebagai sindiran kepada Khairul Aming yang baru sahaja berkongsi resepi Roti Puri Cicah Sardin Tumis semalam. Antara bahan utama dalam resepi tersebut ialah sardin dalam tin yang telah digorengkan yang akan dimakan bersama roti puri yang garing. Uish sedappp pula min tengok!  Sedar postingnya menjadi perhatian ramai, Dr Rafidah di bahagian thread tweet tersebut menjelaskan bahawa dia tidak menegur sesiapa berkenaan hal tersebut. Malah dia hanya menjawab persoalan yang telah diajukan kepadanya berkenaan sardin di dalam tin.

Selain itu, Dr Rafidah juga ada menjelaskan bahawa sebenarnya ada sardin tin yang mempunyai kualiti yang elok seperti apa yang dibelinya semasa di United Kingdom (UK). Yang paling penting, pembeli haruslah meneliti terlebih dahulu isi kandungan sardin tersebut sebelum membelinya.

Sumber: Twitter