Walaupun umur dah 68 tahun tapi masih gigih bekerja, sekali isteri Alieff Irfan hadiahkan kereta baru pada pakcik ni

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang warga emas yang masih bekerja meskipun keadaan fizikalnya dilihat sudah uzur. Lebih menyayat hati lagi, warga emas yang bekerja sebagai penghantar makanan itu difahamkan mengalami masalah tulang belakang yang bongkok. Terbaru, isteri kepada pempengaruh YouTube terkenal, Alieff Irfan iaitu Bella mendedahkan bahawa dirinya begitu tersentuh melihat video warga emas berkenaan yang tular di media sosial. “Bila tengok video pak cik grab viral, tiba-tiba Bella teringat dekat kedua atok Bella. Masih berusaha mencari rezeki pada usia 68 tahun walaupun keadaan tak mengizinkan. Pakcik ni sakit belakang, jadi doctor sarankan tidak galakkan bawa motor dah.

Sehubungan dengan itu, Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabilah Aliah tampil memuat naik video dirinya menghadiahkan pak cik tersebut sebuah kereta demi memudahkan segala urusannya mencari rezeki. “Jadi Bella memutuskan di bulan puasa yang mulia ini , Bella nak kongsi rezeki hadiahkan pak cik sebuah kereta untuk raya. Jadi pak cik dah boleh bergerak dengan kereta lebih selesa dan selamat. Tapi apapun pak cik tetap kena jaga diri. Saya doakan semoga pak cik disihatkan tubuh badan & murah rezeki.” Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan kebaikan yang dibuat Bella demi untuk memudahkan urusan harian pak cik berkenaan. Sebelum ini, penyanyi Caprice membantu dengan membuka akaun bank untuk urusan sumbangan orang ramai serta membawa pak cik itu ke klinik bagi pemeriksaan lanjut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.