Sakitnya tak sesakit ditinggalkan dulu, Rita Rudaini luah rasa sebak mengenangkan ank sulung dah setahun hidup berdikari

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sudah setahun hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan jauh daripada pandangannya. Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, turut menyifatkan Rayyan sebagai saksi yang melihat semua suka duka dialami dalam kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal. Bagaimanapun, aktres filem Mami Jarum itu bersyukur kerana Rayyan membesar dengan sempurna dan menjadi seorang anak yang baik. “Rayyan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan mumccccdmy. Rayyan yang banyak kena tempias dan dia saksi segalanya.

“Tapi Alhamdulillah kami membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati. Rayyan anak yang sangat baik, tidak pernah sekali tinggi suara pada mummy, patuh setiap kata-kata mummy,” katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Ahad. Menerusi video berkenaan, Rita dilihat memeluk Rayyan ketika menghantarnya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan ketika remaja itu pertama kali masuk ke asrama pada April tahun lalu. Imbau Rita, rasa sakit yang dirasakan untuk tinggalkan Rayyan tidak sesakit dia pernah dikhianati dan ditinggalkan suatu ketika dulu. Klik sini untuk lihat video.

Beritahu Rita, ketika itu setiap malam anak sulungnya itu akan menelefonnya untuk mengucapkan selamat malam dan memberitahu dia sayangkan dirinya yang membuatkan hatinya luluh. “Sakitnya tak sesakit dikhianati dan ditinggalkan dahulu, kita tak pernah berenggang. Ke mana sahaja mummy pergi akan bawa Rayyan,” imbaunya. Sementara itu, Rita berkata sudah banyak pengorbanan yang dilakukan dalam kehidupan ini dan meminta Rayyan untuk tidak risau akan dirinya. “Mummy berkorban berjauhan dengan Rayyan kerana mummy percaya ada yang terbaik menanti Rayyan. Jangan risau fasal mummy.

“Mummy dah biasa berkorban. Pernah berkorban hidup mummy untuk kebahagiaan orang lain, puaskan hati orang lain demi pertahankan kamu dan adik,” ujarnya. Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tanggan dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka berpisah pada September 2013. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.