Anis sofea tinggalkan gambar di intragram cetus tanda tanya peminat.

Isteri penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli, Anis Sofea, 21, mencetuskan tanda tanya apabila hanya meninggalkan tiga hantaran gambarnya di Instagram selain tiada lagi gambar bersama suami dipercayai sudah dipadam.  Bukan  banyak gambar yang dipadam, namun Anis juga membayangkan dirinya seakan tidak berhijab lagi kerana dilihat sekadar mengenakan selendang di kepala yang menampakkan bahagian rambutnya.

Adakah pasangan suami isteri muda itu tidak meraikan Aidilfitri bersama sebagaimana dua tahun sebelumnya yang menimbulkan tanda tanya kerana masing-masing seperti membawa haluan sendiri?

Turut berkongsi hantaran di Instagram Story, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hanya berkongsi gambar dirinya bersama ipar dan beberapa anak kecil.  Terdapat juga beberapa gambar dikongsikan Anis di Instagram tidak memakai tudung dan menampakkan rambutnya di paras bahu. Namun, Anis bertindak menutup ruangan komen pada semua hantaran itu. 

Manakala, gambar hari raya dikongsinya, Anis hanya menulis kapsyen, ‘SHR!!’ yang mungkin membawa maksud ‘Selamat Hari Raya’. Sementara itu, semakan di Instagram Haqiem juga didapati penyanyi lagu Tergantung Sepi dan Mimpi itu hanya membuat hantaran foto dia bersendirian dan tiada langsung foto terbaharu bersama isterinya.

Haqiem dan Anis bernikah pada 19 November 2021 lalu di Cyberjaya. Namun, pasangan muda ini masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.