Kecoh pasal rumahtangga, terkejut bila tiba tiba isteri ND Lala muat naik gambar perempuan lain siap bagi nama penuh lagi

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan luahan-luahan isteri kepada pelakon dan penyanyi terkenal era 80an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman yang seakan menyentuh perihal rumah tangganya. Walaupun ada dakwaan mengatakan yang suaminya mempunyai isteri lain, namun ibu kepada selebriti terkenal, Shila Amzah tidak mengesahkan dakwaan tersebut dan telah berkongsi gambar bersama suami dengan kapsyen ‘anniversary’. Namun begitu, menerusi hantaran terbaru Fauziah di Instagram, dia telah memuat naik gambar seorang wanita dengan kapsyen ‘penyondol’ serta menulis sekali nama individu tersebut.

Hantaran tersebut juga disertakan dengan akaun Instagram suaminya, ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah bin Salleh. Fauziah turut dilihat memadam beberapa gambarnya bersama suami yang sebelum ini ada dimuat naik ke media sosial. Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung pendedahan yang dibuat ibu kepada Shila Amzah. Kenalan dan warganet yang tinggalkan komen di ruangan Instagram Fauziah turut mengakui terkejut dengan pendedahan tersebut dan menyatakan mungkin kesabaran seorang isteri sudah habis.

Terdahulu, media melaporkan terdapat seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an telah bernikah lagi satu secara rahsia sehingga segelintir warganet mengatakan ND Lala adalah individu terbabit. Bagaimanapun, adik Shila iaitu Syada Amzah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan ibu bapanya masih tinggal sebumbung dan hampir setiap hari keluar bersama.

Komen Warganet:

Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.