Minta pengurangan nafkah dan tarik saman kepada keluarga Kazar, ini pula respon selamba dari Syamsul Yusof

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan mengulas lanjut mengenai pengurangan nafkah anak-anak yang diperkatakan oleh isteri pertama, Puteri Sarah Liyana. Ketika ditemui, Syamsul, 39, meminta pihak media untuk mengajukan soalan tersebut kepada peguam yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais. Kata bapa kepada dua cahaya mata ini, dia ingin pulang ke rumah kerana sudah penat badan. “Tanya peguam saya. Saya nak balik penat. Tak nak (bagi kenyataan bersama peguam). Peguam saya ada jawapan. Saya reda dengan berita ini dan teruskan saja. Selamat berpuasa. Assalamualaikum.

Selain itu, proses sulh yang berlangsung pagi Selasa juga tidak berhasil apabila Syamsul dan Puteri Sarah gagal mencapai persetujuan. Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan pulang beraya bersama Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof tidak menjawab lalu menutup pintu kereta Range Rover berwarna merah. Pada hari ini, lafaz talak yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Berikutan tiada lafaz talak daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas. Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan talak Puteri Sarah pada 10 April lalu. Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu. Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perpisahan mereka. 

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu. Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan untuk berpisah selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.