Bukan biasa biasa, kanak kanak berumur 4 tahun dari UAE merupakan lelaki yang menerbitkan buku

Kanak-kanak empat tahun dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) diiktiraf Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai individu lelaki termuda menerbitkan buku. Menurut GWR, pada usia empat tahun dan 218 hari, Saeed Rashed Almheiri dari sini itu juga menjadi individu termuda di dunia yang menerbitkan buku. Rekodnya disahkan pada 9 Mac 2023, selepas dia menjual lebih 1,000 salinan buku kanak-kanak, The Elephant Saeed and the Bear. Ia adalah kisah mengenai kebaikan dan persahabatan yang tidak dijangka antara kedua-dua haiwan itu,” katanya.

Bercerita mengenai bukunya, Saeed berkata, ia mengisahkan gajah Saeed dan beruang kutub. Gajah itu berkelah dan dia melihat seekor beruang kutub. Dia menyangka beruang itu akan memakannya tetapi, akhirnya gajah itu menunjukkan kebaikan dan mengajaknya makan dan berkelah bersama. Kemudian mereka menjadi kawan dan menunjukkan kebaikan antara satu sama lain. Katanya, kakaknya, Aldhabi yang berusia lapan tahun menjadi inspirasi kejayaannya kerana dia juga pernah memegang rekod dunia sebagai individu termuda perempuan menerbitkan buku. Saya sangat menyayangi kakak saya dan saya suka bermain dengannya sepanjang masa.

Kami membaca, menulis, melukis dan melakukan banyak aktiviti lain bersama-sama. Saya menulis buku saya selepas mendapat ilham dari kakak,” katanya kepada GWR. Menurut Khaleej Times, Aldhabi memegang rekod sebagai individu perempuan termuda menerbitkan siri buku dwibahasa. Dia juga muncul sebagai usahawan termuda di negara ini dan mengendalikan rumah penerbitan tempatan Rainbow Chimney Educational Aids. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.