Lubang ini boleh memuatkan Hope yang mempunyai ketinggian 167.6 sentimeter.

Sebatang jalan berlubang  dipercayai paling dalam di Britain akhirnya ditimbus selepas merosakkan sebuah  kereta BMW dan menyebabkan penghantar makanan jatuh daripada motosikalnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jalan berlubang di Rogers Road,  London itu menjadi popular selepas seorang lelaki berusia 41 tahun dirakam berdiri di dalamnya dengan hanya kepalanya kelihatan. Lelaki itu mempunyai ketinggian 167.6 sentimeter (lebih 5 kaki).

Menurut penduduk tempatan, ia pertama kali muncul dua tahun lalu.  Beberapa kerja pembaikan dilakukan pada jalan itu yang membawa kepada kewujudan lubang tersebut. Pada minggu lalu, beberapa kontraktor akhirnya dihantar untuk menimbus lubang tersebut.

Menurut lelaki yang masuk ke dalam lubang itu, Dean Hope, dia menganggap tindakannya  sebagai satu jenaka, namun tidak bagi pemandu lain. Saya tidak akan memandu di atas lubang itu. Kita semua membayar cukai untuk kerosakan seperti ini dibaiki. Jika seseorang terlanggar lubang itu, dia akan cedera,” katanya.

Sementara itu,  majlis perbandaran  Newham berkata, ia bukan lubang jalan sebaliknya lubang benam yang muncul dalam masa satu malam. Mendapan jalan raya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ia agak biasa berlaku di London Timur. Kami telah mengambil tindakan pantas sejurus ia dilaporkan,” kata jurucakapnya.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.