Umum mengetahui mengenai kejadian yang berlaku pada pelakon Kamal Adli dipkl secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika menyertai sebuah expo di Singapura pada Mac lalu. Susulan itu, Mahkamah Singapura tidak membenarkan individu yang menyrngnya diikat jamin. Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (MHI), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin,” kata Hakim Daerah Brenda Tan hari ini. Memetik laporan Bernama, hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu untuk memberi masa kepada pegawai penyiasat melengkapkan siasatan. Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei,” jelas Tan.
Tambah, tertuduh sebelum ini telah dirmn selama tiga minggu di IMH untuk menjalani pemerhatian psikiatri. Tertuduh yang berumur 33 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac lalu atas kesalahan “disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kelukaan dengan snjta berbahaya”. Dalam pada itu, berdasarkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika tertdh disabit kesalahan dia akan dikenakan hukuman ditahan sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu. Namun begitu, individu itu turut hadir ke mahkamah dan membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak dibenarkan dirinya diikat jamin.
Walaubagaimanapun, tertuduh yang ditanya Hakim berkata semakan IMH mendapati dia “berkelakuan dan bertingkah laku baik. Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan,” kata tertuduh yang tidak diwakili peguam. Susulan itu, Tan menangguhkan kes itu selama tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH kepada tertuduh. Malah, lelaki tersebut berkata “tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar… saya tidak setuju. Untuk info, pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari.
Namun, pada 12 Mac Kamal Adli disrng tertuduh dengan kpk india sehingga luka dan terpaksa menjalani operasi di hospital. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.