Memilih untuk berpisah cara baik, kali ni mak mertua Puteri Sarah sound penyondol buat ramai yang terkedu

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya sudah mulai reda apabila masing-masing mulai berdamai dan pengarah tersohor itu juga setuju untuk menjatuhkan talak pada 18 April 2023. Kata sepakat tersebut telah dicapai bersama selepas masing-masing duduk berbincang pada Ahad sebelum hadir ke mahkamah semalam. Susulan daripada khabar titik noktah rumah tangga yang mereka bina itu, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail telah menulis perkongsian di Insta Story seakan ditujukan kepada individu yang menjadi punca keretakan rumah tangga anaknya dengan Puteri Sarah.

“Sedarkan dosa kamu yang telah menghancurkan sebuah masjid dan membuat air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulisnya. Walaupun tidak menjelaskan kata-kata tersebut ditujukan kepada siapa, namun mungkin ramai yang boleh mengagak apa yang dimaksudkan oleh isteri kepada penerbit filem Datuk Yusof Haslam itu. Sebelum ini, Datuk Yusof menyatakan yang reda dengan ketentuan takdir dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya, Syamsul dan juga menantunya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Ujarnya, apa juga hubungan mereka, dia dan isteri akan tetap menjalinkan hubungan baik dengan besan mereka, keluarga Puteri Sarah seperti dahulu. Untuk rekod, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu telah menfailkan perpisahan terhadap suaminya selepas 4 tahun menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga iaitu Ira Kazar. Syamsul juga telah mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar di Thailand dan sekali gus mengiyakan khabar angin tentang hubungan mereka selama ini.

Selepas pelbagai luahan dan juga pendedahan dari kedua-dua pihak, mereka telah duduk berbincang dan bersetuju untuk berpisah secara baik pada 18 April 2023 nanti. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.