Idividu ni terkejut bila mendapati terdapat mata kail dalam sebuah tin ikan di Thailand

Seorang pelanggan terkejut apabila menemui sebentuk mata kail dalam produk ikan dalam tin keluaran jenama popular di Thailand, namun bernasib baik kerana dia belum mengunyahnya, lapor portal berita Thaiger semalam. Halaman Facebook perlindungan pengguna, Phuboripok menyiarkan gambar tin ikan tersebut  kelmarin bersama keterangan gambar: “Seorang #pengguna hendak memakan ikan dalam tin apabila menemui objek asing di dalam tin. Dia menulis mesej ringkas yang menyatakan, saya tidak memaafkan QC (kawalan kualiti) 100%.

Dia sudah pun berhubung dengan jabatan jualan (jenama itu) yang menawarkan untuk memberinya dua kotak tin ikan sebagai pampasan untuk kejadian tersebut atau wang tunai 1,500 baht (RM193.04). Pengguna itu turut bertanya: “Adakah anda fikir saya mahu makan ikan jenama ini selepas mengalami pengalaman ini?” Warganet hairan bagaimana mata kail itu boleh ada di dalam tin tersebut dan ada yang bertanya: “Adakah ikan ini tidak ditangkap dengan pukat? Adakah ikan ini tidak diimbas dengan pengesan logam sebelum ditinkan?”

Baru-baru ini, seorang wanita Thailand menemui cakar tikus terapung di dalam jaew bla ra iaitu pes cili dengan ikan jeruk yang dibelinya di sebuah pasar di wilayah Prachin Buri, tengah Thailand. Dia tidak pasti objek misteri dalam pes cili tersebut sehinggalah warganet memberitahunya bahawa ia kelihatan seperti kaki tikus. – Agensi. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.