Ada pihak yang cakap Nad Zainal sombong, tak boleh berdiam ini pula respon dari tuan badan

Pelakon versatil, Nad Zainal tampil memberi respons isu dirinya didakwa sombong oleh segelintir pihak selepas tular sebuah video bersama suaminya, Ungku Ismail ketika berada di ekspo raya Putrajaya. Menerusi video siaran langsung di TikTok, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin menafikan dakwaan tersebut dan mengakui perkara terjadi juga disebabkan oleh kekhilafan dirinya. Jelas Nad lagi, dia seakan sudah lali dengan kontroversi tersebut kerana dakwaan itu adalah tidak benar dan lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kehadapan. Tambah aktres drama rantaian Harith Fayyadh ini, ketika berada di ekspo tersebut dia melayan peminat sama rata dan boleh mengambil gambar bersama.

Hal sombong-sombong ni saya dah tak nak fikir. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain. Sebab masa dekat event tu mood saya sangat happy, tak ada masalah. Ada je yang kata saya ok, ada yang kata tak. Jadi pada saya semua orang lain-lain. Kadang-kadang, mungkin silap saya la juga kot. Muka saya ketat ke apa jadi orang salah faham. Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberi layanan sama rata kepada semua orang. Ya Allah jangan la bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum haritu. Tapi tak apa, kita lupakan. Move forward. Yang saya tahu saya jumpa orang selfie, saya happy je. Saya dah penat,” katanya

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan aktres berkaliber itu sombong bersama peminat, namun Nad menepis dengan berkata dia tidak perasan individu tersebut. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail menjadi perbualan selepas tular sebuah video mereka berada di sebuah ekspo Raya di Putrajaya. Menerusi video tersebut, Nad dan Ungku ditegur oleh salah seorang penjaga booth. Namun begitu, warganet mendakwa pasangan itu memberikan reaksi ‘kekwat’ ketika ditegur.