Nabila Razali digelar sebagai ratu gimik, sekali tuan badan tampil luahkan apa yang dia rasa

Penyanyi Nabila Razali, 31, mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terkeliru di antara gimik dan ‘teaser’ yang diambil dari muzik video untuk tujuan promosi sesebuah lagu sebelum mengkritik. Nabila yang dikenali sebagai ‘ratu gimik’ ketika ditemui berkata, dia sedar tidak boleh lari dari tanggapan gimik diberikan itu, namun sentiasa cuba buat yang terbaik dalam hasil kerja seninya. Saya tak boleh nak yakinkan orang kalau orang itu tak percaya pada kita. Tapi, untuk saya selagi ada dalam industri ini akan cuba sedaya-upaya berkarya dengan sekreatif mungkin. Saya tidak mahu hanya buat promosi biasa saja. Contohnya, hai semua saya ada lagu baharu ni dan dengar ya. Mana ada orang nak layan macam itu. Malah, penjual kereta pun akan buat promosi macam-macam di luar.

Jadi, saya fikir cara setiap artis nak promosikan lagu mereka berbeza-beza. Begitu juga dengan Nabila Razali. Tapi, malangnya ada segelintir orang di luar sana yang menganggap kalau saya saja mesti buat gimik,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya perasaannya dilabel ‘ratu gimik’ itu, Nabila berkata, dia biasa saja kerana bukan saja dirinya masih ‘disedari’ ada di dalam industri muzik tapi paling penting produk lagu dikeluarkannya juga diketahui ramai. Bagaimanapun, macam saya katakan orang ramai di luar sana kena tahu membezakan di antara gimik dan ‘teaser’ muzik video. Itu yang sudah cuba saya terangkan berkali-kali sebelum ini. Tidak boleh pukul rata saja antara gimik dan ‘teaser’.

Kedua-duanya tetap ada beza. Cuma, saya tegaskan apa yang dibuat sebelum ini untuk cara promosi lagu-lagu saya adalah ‘teaser’. Nabila yang popular dengan lagu Cemburu, Pematah Hati dan Peluang Kedua pernah muncul dengan pelbagai ‘kisah tersendiri’ di sebalik lagunya di media sosial sehingga netizen menganggapnya suka membuat gimik. Nabila juga pernah menarik perhatian ramai apabila saluran YouTube miliknya didakwa digodam ketika mempromosikan lagu Peluang Kedua pada 2021 apabila kira-kira 400,000 ‘subscribers’ disedari hilang tiba-tiba.

Terbaharu, Nabila kini muncul dengan single Tulus, duet bersama Adi Priyo yang katanya tiada sebarang gimik dibuat untuk tujuan promosi lagu itu kerana memiliki kekuatan melodi dan lirik yang mantap. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.